PERANAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DALAM PENERAPAN NILAI EKONOMI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP UCAPAN DASAR PRESIDEN 2009-2015

Authors

  • Muhammad Wafiuddin Rosli Encik

Keywords:

Ekonomi Politik Islam, Ekonomi, Politik

Abstract

Ekonomi politik Islam merupakan bidang cantuman dari dua komponen yang berasingan. Ia tercantum antara gabungan ekonomi dan politik iaitu campur tangan pemerintah secara aktif dalam kehidupan ekonomi menurut tuntutan syariat. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis peranan Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam praktis penerapan nilai ekonomi politik Islam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penerapan nilai ekonomi politik Islam, menganalisis penerapan nilai ekonomi politik Islam di Malaysia melalui peranan PAS menerusi Ucapan Dasar Presiden 2009-2015 serta mengkaji isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan penerapan nilai ekonomi politik Islam oleh PAS melalui Ucapan Dasar Presiden 2009-2015. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan bagi tujuan pengumpulan data yang diperlukan. Kemudian, kajian ini dianalisis menggunakan kaedah induktif dan deduktif bagi mencapai objektif yang digariskan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan nilai ekonomi politik Islam melalui peranan PAS dititik beratkan dalam setiap kali Muktamar Tahunan berlangsung.

References

Irma Adelman, ‘Theories of Economic Growth and Development,’ (California: Oxford University, 1961).

Mark Kesselman, Joel Krieger, dan William A. Joseph, ‘Introduction to Comparative Politics,’ (Boston: Penerbit Wadsworth, 2013).

Mohd Syakir Mohd Rosdi, Ekonomi Politik Islam: Teori dan Falsafah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013).

Sarimah Hanim, Ekonomi dari Perspektif Islam (Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd).

Hasiah Mat Salleh, Keagungan Tamadun Islam, Satu Model Terbaik Dalam Konteks Pembinaan Tamadun Dunia Kini, (Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2010).

Surtahman Kastin Hasan, Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001).

Surtahman Kastin Hasan, Ekonomi Islam Peranan Pemerintah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Syed Hussein Alatas, Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Yusuf al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam Makanatuha, Macalimuha, Tobicatuha, Mauqifuha min al-Dimoqratiyyah wa al-Tacaddudiyyah wa al- Marcah wa ghairu al- Muslimin: Fiqh Kenegaraan, dirumikan oleh Arsil Ibrahim (Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn Bhd, 2009).

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Islam Memimpin Perubahan,” Muktamar Tahunan PAS Ke-55, 2009.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Islam Adil Untuk Semua,” Muktamar Tahunan PAS Ke-56, 2010.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Membangun Negara Berkebajikan,” Muktamar Tahunan PAS Ke-57, 2011.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Negara Berkebajikan Teras Perpaduan,” Muktamar Tahunan PAS Ke-58, 2012.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Rahmat Untuk Semua,” Muktamar Tahunan PAS Ke-59, 2013.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Terus Beristiqamah,” Muktamar Tahunan PAS Ke-60, 2014.

Ucapan Dasar Presiden PAS, “Beristiqamah Hingga Kemenangan,” Muktamar Tahunan PAS Ke-61, 2015.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ekonomi+politik, 11/11/2016.

Reuters, http://www.reuters.com/article/fitch-revises-malaysias-outlook-to-negatidUSFit66566620130730, 14/12/2016.

Ayop Razid, “Sistem percukaian terbaik atasi kelemahan SST,” Berita Harian, 5 November 2013.

Downloads

Published

2021-12-19