KEMANUSIAAN WANITA DARI PERSPEKTIF HIND SYALABI DAN IBN RUSYD

Authors

  • Mohammad Syafiq Ismail Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Kemanusiaan wanita, Hind Syalabi, Ibn Rusyd, Islam, Falsafah

Abstract

Kajian ini berusaha menampilkan perspektif Hind Syalabi, seorang ulama wanita Tunisia, berkenaan idea kemanusiaan wanita yang terkandung di dalam karyanya Huquq Al-Mar’ah wa Wajibatuha fi Al-Islam. Kajian ini juga menampilkan perspektif Ibn Rusyd, seorang tokoh Falsafah Islam yang terkenal, berkenaan idea kemanusiaan wanita yang terkandung di dalam karyanya Al-Dharuri fi Al-Siyasah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis isi induktif. Perbandingan antara pemikiran Hind Syalabi dan Ibn Rusyd telah menemukan bahawa kedua-duanya menyokong idea kemanusiaan wanita menurut cara yang berbeza; Hind Syalabi menyokongnya dari perspektif agama, Ibn Rusyd menyokongnya dari perspektif falsafah. Kajian mendapati bahawa idea kemanusiaan wanita itu merupakan sesuatu yang sejadi di dalam Islam, dan Islam bukanlah agama yang menindas wanita.

References

Al-Faruqi, Ismail Raji. 1988. Tauhid. Bandung: Penerbit Pustaka.

Al-Kurdi, Muhammad Amin. 1907 (1325H). Irsyad Al-Muhtaj li Huquq Al-Azwaj. Kaherah: Matba’ah Al-Taqaddum.

Bengtsson, Mariette. 2016. How to plan and perform a qualitative study using content analysis. Dalam NursingPlus Open vol. 2 ms8-14. Elsevier BV.

Hafiz, Fatimah. t.th. Al-Nisa’ wa Intaj Al-Ma’rifah Al-Diniyah: Hind Syalabi Namudzajan. Dipetik daripada laman sesawang Islamonline.net: https://islamonline.net/المعرفة-الدينية-هند-شلبي/ (akses terakhir: 25.7.2021)

Ibn Majah. 2014. Al-Sunan. Kaherah-Beirut: Dar Al-Ta’sil.

Ibn Qudamah. 2012. Raudhat Al-Nazir wa Junnat Al-Munazir. Riyadh: Maktabah Al-Rusyd.

Ibn Rusyd. 2002. Al-Dharuri fi Al-Siyasah. Beirut: Markaz Dirasat Al-Wihdah Al-Arabiyah.

Moghissi, Haideh. 2002. Feminism and Islamic Fundamentalism The Limits of Postmodern Analysis. London: Zed Books.

Plato. 2015. The Republic: Book V. Dalam Great Dialogues of Plato. New York: Signet Classics.

Said Ramadan. 1989. Al-Musykilat Al-Kubra Al-Tsalats fi ‘Alamina Al-Islamiy Al-Mu’asir. Kuwait: Maktabah Al-Sundus.

Syalabi, Hind. 1974. Huquq alMar’ah wa Wajibatuha fi al-Islam. Dalam Majallah alHidayah, jilid 2, bil.2 ms55. DIterbitkan semula secara atas-talian: https://tahrirtanwir.com/حقوق-المرأة-وواجباتها-في-الإسلام/ (akses terakhir: 25.7.2021)

Wadud, Amina. 1999. Quran and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective. Oxford: Oxford University Press.

Downloads

Published

2021-12-19