KONSEP DAN PERANAN SYURA MENURUT PERPSEKTIF AHMAD AL-RAYSUNI

Authors

  • Muhamad Najuddin Razak
  • Muhamad Razak Idris

Keywords:

Ahmad al-Raysuni, politik Islam, pemikiran Islam, syura

Abstract

Abstrak

Syura merupakan satu sistem perundingan  yang dianjurkan oleh Islam. Ia diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a dalam menjalankan urusan kehidupan dan pentadbiran negara. Konsep dan peranan syura terus dibincangkan oleh para sarjana Muslim hari ini untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Tulisan ini meneliti konsep dan peranan syura menurut Ahmad al-Raysuni, salah seorang sarjana Muslim semasa. Ia berpandukan kajian kepustakaan terhadap beberapa karya beliau seperti Al-Syura fī Ma ͨrakat al-Binā’(2014), Hukm al- ‘Aghlabīyah fī al-Islām (2013), Maqālāt fī al- Ḥurīyah (2014), Al-Fikr al-Islamī (2014) dan Al-‘Ummah hīya al-Aṣal(2014). Menurut al-Raysuni, peranan syura boleh diterapkan dalam sesebuah institusi bermula dari institusi kekeluargaan sehingga pemerintahan negara. Selain itu, peranan syura juga boleh disesuaikan dalam semua sistem masa kini. Kepentingan syura akan melahirkan masyarakat yang seimbang dan demokratik kerana ia membuka ruang penglibatan semua pihak bagi tujuan pembuatan keputusan bagi tujuan mencapai kesejahteraan dan kemajuan negara .

Kata kunci : Ahmad al-Raysuni, politik Islam, pemikiran Islam, syura..

 

THE CONCEPT AND ROLE OF SYURA FROM THE PERSPECTIVE

 OF AHMAD AL-RAYSUNI

 

Abstract

Shura is a consultative system of Islamic teaching. It was practiced by the Prophet Muhammad (pbuh)  and the companions in organising the Muslim affairs and administration of the state. The concept and role of shura continues to be discussed by Muslim scholars today in order to suit current needs of contemporary society. This paper examines the concept and role of shura according to Ahmad al-Raysuni, a prominent Muslim scholar today. It is based on literatures review of some of his works such as Al-Syura fī Ma ͨrakat al-Binā’(2014), Hukm al- ‘Aghlabīyah fī al-Islām (2013), Maqālāt fī al- Ḥurīyah (2014), Al-Fikr al-Islamī (2014) and Al-‘Ummah hīya al-Aṣal(2014). According to al-Raysuni, the role of shura can be adapted in all systems of life today from family institutions and also at the level of government’s affairs.  The importance of shura will develop a balanced and democratic society as it opens up spaces for participation of all parties in the process of decision making for the purpose of achieving national stability and progress.

Keywords: Ahmad al-Raysuni, Islamic politics, Islamic thought, shura.

References

Abdullah bin Mohammad Basmih. 2017. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Abdul Aziz Al- khayat. 1993. Wa Amruhum Shurā. Al-Majmuk al-Maliki li bḥuth al-Ḥaḍārt al-Islāmiyat:Oman: Jordan

Abdul Hamīd Ismā’il. 1980. Al-Shura wa Atharahā fil Dimoqrāṭiyat. Manshurāt al-Maktabat al-‘Aṣryat. Bairut : Lubnan.

Al-Khālidī, Soleh Abdul Fatah. 1989. Shura Fil Quran. Al-Majmuk al-Maliki li bḥuth al-Ḥaḍārt al-Islāmiyat:Oman: Jordan

Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul salam. 2002. Dimoqrāṭiyah wal Mashārakat Al-Sha’bīyah : Magribi

Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. 2014. Maqālāt fil ḥurīyah. Darul Kalimah: Kaherah. Mesir.

Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. 2014. Al-Shura fī Ma’rakat al-Binā’. Darul Kalimah: Kaherah. Mesir.

Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. 2014. Al-‘umah hīyal Aḥl . Darul Kalimah: Kaherah. Mesir.

Al-Zuḥaīlī, Wahbah. 2006. Qaḍāyā Al-Fiqh wal Fikr Al-Mu’āḥr. Dārul Al-Fikr. Damsyiq: Syria.

Ibnu Manzur, Abu Fadli Jamaluddin. Lisān Al-‘arab. Darul Ṣādir: Bairut. Lubnan.

Downloads

Published

2021-12-19