Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms
Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies (MJIMMS) is an international academic refereed and open access journal. It is published online twice a year by the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
ABIM en-US Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies 2785-9444 HAMKA’S QURAN EXEGESIS AND ITS THEORETICAL FOUNDATION https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/29
The paper discusses Quranic methodology of interpretation as set forth by Hamka (1908-1981) in Tafsir al-Azhar. It analyses the comprehensive method he crafted and the dynamic approach he brought out in textual exegesis. The extensive discussion and exposition of creative legal thought and ruling, history, mysticism, moral, theology, religion and culture reflected his typical and profound ijtihad (independent reasoning) and philosophy as substantively employed in this work. The method employed in this study was descriptive and analytical. It looked into themes brought forth in Tafsir al-Azhar and deduce its understanding and ideas that the author tried to formulate and projected. The study concluded that Tafsir al-Azhar was crafted based on certain al-adabi al-ijtima‘i’s approach (cultural social). It was a highly authoritative and monumental work produced with convincing analysis and being a dominant and vital reference in the work of tafsir in the Malay-Indonesian archipelago. The Tafsir emphasized on rational approach in understanding Quranic text reflecting the profound impact and inspiration from Tafsir al-Manar, its principal reference, and was highly influential in the intellectual tradition and modern development of tafsir that flourished in the Malay-Indonesian archipelago.
Ahmad Nabil Amir Tasnim Abdul Rahman Copyright (c) 2021 Ahmad nabil amir https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 1 19 “DIVERSITY IN UNITY” WITHIN A REVIVALIST ISLAMIC MOVEMENT IN INDONESIA AND INDIA: A CASE STUDY OF MUHAMMADIYAH, NAHDLATUL ULAMA AND JAMAAT-E-ISLAMI https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/36
This paper will examine internal forms of diversity within religious movements using the example of an Islamic revivalist and scripturalist movements in Indonesia and India/Pakistan. Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama and Jamaat-e-Islami India/Pakistan represents an interesting case study of internal plurality within a religious movements, especially when examined through the background of them. Through library research and observation, this study tries to address the leader’s idea, objective, the recruitments and activities. Then, followed by comparative analysis on that. On the other hand, this paper also will explore the similarity of the struggle of Islamic movements in Muslim world were cause by the secular government that undermine the honor of Islam. This idea will in turn be confronted with another reason of why they still in a backward than other civilization. The study find out that because the struggle between secularism and Islam is perpetual but the unity and the strong hold to religion is the recipe for the success in every single challenge that Muslims are facing.
Nur Atika Hairi Copyright (c) 2021 Nur Atika Hairi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 20 39 ISLAMIC MOVEMENTS: RELIGION AND WOMEN IN MUSLIM SOCIETIES https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/33
This paper has the aim of analyzing how religion and women in Islamic society are studied and examined with a qualitative approach that is a literature study. Islam emphasizes that men are protectors of women. Men and women are given by Allah SWT strength and professionalism to complement each other. Physical advantages of male and female reproductive organs should not be understood as pros and cons, but they must all be dictated to carry out their functions proportionally. There is no difference between the two in terms of the possibilities that humans and men and women have conceptually. Since the beginning of creation, women have occupied the same status as men. When Allah commands men, it also applies to women. On the other hand, when Allah commands something to women, it also applies to men. Women in Islamic societies and communities face gender inequalities in the so-called 'patriarchal gender system'.
Riinawati Copyright (c) 2021 Riinawati https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 40 47 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN METODOLOGI ALIRAN ASHA’IRAH DALAM MENOLAK ALIRAN MUKTAZILAH MENGENAI AYAT MUTASHABIH: SATU ANALISIS https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/27
Ahli Sunnah dan Jama’ah (ASWJ) merupakan satu istilah yang digunakan dalam masyarakat Islam sejak hampir seribu tahun. Istilah ini digunakan untuk melambangkan kebenaran pemiliknya dalam beragama. Kedudukan ASWJ ini menjadi pegangan majoriti para ulama dan umat Islam khususnya dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam dengan kemunculan tokoh-tokohnya yang muktabar dan kitab-kitabnya yang terkenal. Kemunculan dua tokoh ulama iaitu Imam Al-Asha’irah dan Imam Al-Maturidiyyah sebagai dua tunggak bagi disiplin aqidah diperakui sejak kemunculannya sehingga hari ini. Justeru itu, satu kajian khusus berkaitan dengan sejarah perkembangan dan metodologi aliran Asha’irah ini perlu dilakukan bagi melihat bagaimana sejarah perkembangan aliran ini dan bagaimana metodologi aliran tersebut dengan lebih mendalam lagi. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen di mana dokumen-dokumen berkenaan sejarah dan metodologi aliran ini akan dikumpulkan serta dikaji dengan teliti dan termasuk juga jurnal-jurnal yang berkaitan. Hasil kajian dapat memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan Asha’irah secara terperinci. Berkenaan dengan metode pula, dapat dilihat bahawa metode yang digunakan dalam aliran ini terbahagi kepada empat. Pertama, menggunakan al-Quran, hadis dan akal secara seimbang. Kedua, Takwil dan Tafwid dalam isu ayat Muktazilah. Ketiga, Qias dalam isu penetapan sifat-sifat Allah SWT dan keempat wasatiah dalam semua perkara.
Mohd Faiz Hadi Mohd Sanadi Nur Syarihah Muhammad Shah Aisyatur Rabiah Abdullah Copyright (c) 2021 Mohd Faiz Hadi Mohd Sanadi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 48 69 MENYUBURKAN WASATIYYAH DALAM GERAKAN ISLAM: MELAWAN PEMIKIRAN EKSTREMISME https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/31
Artikel ini membicarakan mengenai wasatiyyah dalam Islam. Ia meliputi makna wasatiyyah dalam al-Quran dan al-Hadis serta pemahaman dalam makna yang sebenar. Ia juga menggariskan elemen-elemen yang sebenar bagi wasatiyyah. Dengan acuan wasatiyyah Islam yang komprehensif ini, ia telah membentuk manhaj Islam yang mempunyai bentuk khusus dalam membina peradaban manusia sejagat. Namun elemen-elemen ini dikhuatiri akan terjebak dengan sikap sikap ektrem, berlebih-lebihan atau pemikiran seperti tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja, memaksa umat secara keras untuk beramal dan lupa perbezaan manusia, ada yang kuat dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa memperhatikan kedudukan mereka, bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya, keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut dan saling mengkafirkan orang lain. Malah ada yang terjebak dengan ajaran sesat. Oleh itu, artikel ini melihat bahawa wasatiyyah adalah elemen terpenting dan perlu disuburkan dalam gerakan Islam dan masyarakat Islam. Umat Islam perlu memahami konsep wasatiyyah yang sebenar agar mereka menjadi umat terbaik dan maju dalam erti yang sebenar.
Suhailiza Md.Hamdani Rumaizuddin Ghazali Copyright (c) 2021 Suhailiza Md.Hamdani, Dr https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 70 91 KEMANUSIAAN WANITA DARI PERSPEKTIF HIND SYALABI DAN IBN RUSYD https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/32
Kajian ini berusaha menampilkan perspektif Hind Syalabi, seorang ulama wanita Tunisia, berkenaan idea kemanusiaan wanita yang terkandung di dalam karyanya Huquq Al-Mar’ah wa Wajibatuha fi Al-Islam. Kajian ini juga menampilkan perspektif Ibn Rusyd, seorang tokoh Falsafah Islam yang terkenal, berkenaan idea kemanusiaan wanita yang terkandung di dalam karyanya Al-Dharuri fi Al-Siyasah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis isi induktif. Perbandingan antara pemikiran Hind Syalabi dan Ibn Rusyd telah menemukan bahawa kedua-duanya menyokong idea kemanusiaan wanita menurut cara yang berbeza; Hind Syalabi menyokongnya dari perspektif agama, Ibn Rusyd menyokongnya dari perspektif falsafah. Kajian mendapati bahawa idea kemanusiaan wanita itu merupakan sesuatu yang sejadi di dalam Islam, dan Islam bukanlah agama yang menindas wanita.
Mohammad Syafiq Ismail Copyright (c) 2021 Mohammad Syafiq Ismail https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 92 100 KECERDASAN KEROHANIAN MUSLIM SEBAGAI PEMANGKIN KEKUATAN JIWA MENEMPUH MUSIBAH COVID-19: SUMBANGAN PEMIKIRAN SAID HAWWA MENERUSI BUKU TARBIYATUNA AL-RUHIYYAH https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/34
Kecerdasan kerohanian (Spiritual intelligence) adalah kunci utama ketika berhadapan dengan apa jua ujian hidup. Sebagai seorang Muslim yang percaya dengan ketentuan Qada’ dan Qadar Allah SWT, di samping berusaha menjaga diri secara fizikal, kita juga perlu melindungi diri dengan memohon doa kepada Allah SWT. Peranan kerohanian tidak boleh dipandang ringan kerana ia juga berupaya untuk menstabilkan diri manusia agar lebih positif ketika berhadapan dengan virus COVID-19. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang kepentingan kecerdasan kerohanian dan aspek beriman dan sabar dengan ketentuan Allah iaitu Qada’ dan Qadar-Nya dalam menghadapi musibah khususnya wabak COVID-19. Kertas kerja ini akan turut membincangkan kaedah kecerdasan kerohanian Imam Said Hawwa dalam membantu diri seseorang Muslim berhadapan dengan pandemik ini. Malah, beberapa pandangan Imam Said Hawwa tentang aspek mujahadah dan rukun-rukunnya (al-uzlah, al-samtu, al-ju’ dan al-sahru) akan dibincangkan terutama yang berkait rapat dengan perihal Muslim ketika berhadapan dengan wabak COVID-19. Metodologi kajian adalah bersifat kualitatif dengan memfokuskan kepada penulisan seorang Sarjana Islam yang tersohor, iaitu Sheikh Sa’id Hawwa dalam bukunya Tarbiyatuna al-Ruhiyyah yang menekankan tentang kepentingan menjaga aspek kerohanian dengan menggaris penting aspek-aspek akidah, syariah dan akhlak.

Marina Munira Abdul Mutalib Yuseri Ahmad Yuseri Ahmad Dini Farhana Baharuddin Suhailiza Md Hamdan Copyright (c) 2021 Marina Munira Abdul Mutalib https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 101 120 KESATUAN PELAJAR DI MALAYSIA: NARATIF BAHARU GERAKAN MAHASISWA https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/37
Setakat pengetahuan penulis, sehingga hari ini, tiada karya ilmiah mahupun dokumentari khusus dan terperinci mengenai Kesatuan Pelajar di Malaysia. Sejarah Kesatuan Pelajar di Malaysia juga tidak direkodkan secara menyeluruh dan generasi hari ini dan akan datang pastinya tidak berpeluang mempelajari dan mengambil pengajaran pengalaman lalu yang amat berharga. Artikel ini bertujuan untuk memberikan perspektif baharu kepada aktivisme dan gerakan mahasiswa di Malaysia menerusi model Kesatuan Pelajar. Penulis menggunakan metodologi kaedah penyelidikan kepustakaan dengan menelusuri dan menganalisis literatur dan amalan-amalan Kesatuan Pelajar di United Kingdom dan pengalaman Kesatuan Pelajar zaman era 60an dan 70an di Malaysia. Artikel ini mendapati bahawa gerakan mahasiswa menerusi model Kesatuan Pelajar pada era 60an dan 70an di Malaysia adalah lebih efisyen dan berkesan. Idea mengembalikan penubuhan Kesatuan Pelajar boleh menjadi pencetus kepada naratif baharu aktivisme mahasiswa yang lebih progresif dan dinamik. Dengan kelebihan model Kesatuan Pelajar yang bergerak sebagai entiti sendiri dengan ciri-ciri yang unik membuka peluang yang lebih besar dan berpotensi memberikan impak signifikan kepada pembangunan pelajar, institusi dan masyarakat.

As to the best of the writer’s knowledge, as of today, there is no specific and extensive academic writing or documentary about Student Union in Malaysia. We even do not have comprehensive record on the history of Student Union in Malaysia and today and future generation are not able to learn and take lesson from the valuable past experiences. This article aims at providing a new perspective on student activism in Malaysia through Student Union’s model. The writer employs library research method to explore and analyse relevant literature and practices of Student Union in the United Kingdom and Student Union in Malaysia in the era of 1960s and 70s. This article finds out that student activism through Student Union’s model is more efficient and impactful. The idea to reintroduce the establishment of Student Union can be a catalyst towards creating new narrative of students activism which is more progressive and dynamic. The establishment of Student Union as its own entity with unique features offers more opportunities and has potential to significantly make impact to the students development, institutions and society.
Zulkifli Hassan Copyright (c) 2021 Assoc. Prof. Dr. Hassan https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-15 2021-12-15 1 2 121 143 KONSEP DAN PERANAN SYURA MENURUT PERPSEKTIF AHMAD AL-RAYSUNI https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/38
Abstrak

Syura merupakan satu sistem perundingan  yang dianjurkan oleh Islam. Ia diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a dalam menjalankan urusan kehidupan dan pentadbiran negara. Konsep dan peranan syura terus dibincangkan oleh para sarjana Muslim hari ini untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Tulisan ini meneliti konsep dan peranan syura menurut Ahmad al-Raysuni, salah seorang sarjana Muslim semasa. Ia berpandukan kajian kepustakaan terhadap beberapa karya beliau seperti Al-Syura fī Ma ͨrakat al-Binā’(2014), Hukm al- ‘Aghlabīyah fī al-Islām (2013), Maqālāt fī al- Ḥurīyah (2014), Al-Fikr al-Islamī (2014) dan Al-‘Ummah hīya al-Aṣal(2014). Menurut al-Raysuni, peranan syura boleh diterapkan dalam sesebuah institusi bermula dari institusi kekeluargaan sehingga pemerintahan negara. Selain itu, peranan syura juga boleh disesuaikan dalam semua sistem masa kini. Kepentingan syura akan melahirkan masyarakat yang seimbang dan demokratik kerana ia membuka ruang penglibatan semua pihak bagi tujuan pembuatan keputusan bagi tujuan mencapai kesejahteraan dan kemajuan negara .

Kata kunci : Ahmad al-Raysuni, politik Islam, pemikiran Islam, syura..

THE CONCEPT AND ROLE OF SYURA FROM THE PERSPECTIVE

OF AHMAD AL-RAYSUNI

Abstract

Shura is a consultative system of Islamic teaching. It was practiced by the Prophet Muhammad (pbuh)  and the companions in organising the Muslim affairs and administration of the state. The concept and role of shura continues to be discussed by Muslim scholars today in order to suit current needs of contemporary society. This paper examines the concept and role of shura according to Ahmad al-Raysuni, a prominent Muslim scholar today. It is based on literatures review of some of his works such as Al-Syura fī Ma ͨrakat al-Binā’(2014), Hukm al- ‘Aghlabīyah fī al-Islām (2013), Maqālāt fī al- Ḥurīyah (2014), Al-Fikr al-Islamī (2014) and Al-‘Ummah hīya al-Aṣal(2014). According to al-Raysuni, the role of shura can be adapted in all systems of life today from family institutions and also at the level of government’s affairs.  The importance of shura will develop a balanced and democratic society as it opens up spaces for participation of all parties in the process of decision making for the purpose of achieving national stability and progress.

Keywords: Ahmad al-Raysuni, Islamic politics, Islamic thought, shura.
Muhamad Najuddin Razak Muhamad Razak Idris Copyright (c) 2021 MUHAMAD NAJUDDIN RAZAK https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 144 155 PENGARUH MUHAMMAD ABDUH DALAM MASYARAKAT MELAYU-INDONESIA https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/30
Muhammad Abduh mempunyai pengaruh dan dampak yang kukuh dan luar biasa di kepulauan Nusantara. Karya-karya dan ideanya sangat berpengaruh dan kekal bertahan di rantau ini dengan kesannya yang meluas dalam landskap politik dan sosialnya. Beliau telah memberikan impak yang mendalam terhadap pergerakan Islam moden seperti Persyarikatan Muhammadiyah, Jam‘iyah al-Irsyad, dan Persatuan Islam (Persis). Tafsir al-Manar-nya telah memberi pengaruh yang jelas kepada karya-karya tafsir yang terhasil di Nusantara, seperti Tafsir al-Azhar, Tafsir al-Qur’anul-Karim, dan sebagainya. Majalah al-Manar yang diilhamkan oleh Muhammad Abduh dan Rashid Rida telah memberikan inspirasi dan pikiran dasar terhadap banyak berkala dan akhbar yang berorientasikan reform yang menyalin dan menerjemahkan tulisan-tulisannya seperti majalah al-Munir, al-Imam, al-Ikhwan, Saudara, dan lainnya. Justeru, makalah ini bertujuan meninjau pengaruh Abduh yang ekstensif dalam masyarakat Melayu-Indonesia dan kebangkitan gerakan pembaharuan di Kepulauan ini. Kajian ini berbentuk studi kualititif dari jenis penelitian pustaka dengan metode analisis kandungan. Data yang terkumpul dianalisis secara deksriptif dan analitik. Penemuan kajian membuktikan bahawa Muhammad Abduh mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap harakat pembaharuan (tajdid) dan tradisi rasional yang berkembang di kepulauan Melayu-Indonesia.
Ahmad Nabil Amir Copyright (c) 2021 Ahmad nabil amir https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 156 179 PERANAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DALAM PENERAPAN NILAI EKONOMI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP UCAPAN DASAR PRESIDEN 2009-2015 https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/28
Ekonomi politik Islam merupakan bidang cantuman dari dua komponen yang berasingan. Ia tercantum antara gabungan ekonomi dan politik iaitu campur tangan pemerintah secara aktif dalam kehidupan ekonomi menurut tuntutan syariat. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis peranan Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam praktis penerapan nilai ekonomi politik Islam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penerapan nilai ekonomi politik Islam, menganalisis penerapan nilai ekonomi politik Islam di Malaysia melalui peranan PAS menerusi Ucapan Dasar Presiden 2009-2015 serta mengkaji isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan penerapan nilai ekonomi politik Islam oleh PAS melalui Ucapan Dasar Presiden 2009-2015. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan bagi tujuan pengumpulan data yang diperlukan. Kemudian, kajian ini dianalisis menggunakan kaedah induktif dan deduktif bagi mencapai objektif yang digariskan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan nilai ekonomi politik Islam melalui peranan PAS dititik beratkan dalam setiap kali Muktamar Tahunan berlangsung.
Muhammad Wafiuddin Rosli Copyright (c) 2021 Wafiuddin Rosli https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 180 198 MAQASID KEAMANAN : AGENDA KEAMANAN MENURUT ISLAM https://mjimms.ejournal.my/index.php/mjimms/article/view/17
No
Hasri Harun Copyright (c) 2021 Hasri Harun https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2021-12-19 2021-12-19 1 2 199 203